Home » , , » Pentingnya Pencahayaan pada fotografi

Pentingnya Pencahayaan pada fotografi

Bagi seorang fotografer Cahaya adalah elemen penting untuk menghasilkan karyafoto. Jika cahaya tiada, senifoto tidak dapat dihasilkan. Cahaya tidak dapat di pisahkan dari warna. Hasilnya dalam cahaya ada warna. Cahaya umpama lagu dan irama. Dalam cahaya ada warna yang boleh dihasilkan agar karya foto menjadi lebih menarik. Tidak semestinya warna yang pudar akan menghasilkan karyafoto yang tidak bermutu

Cahaya matahari merupakan cahaya yang paling bermutu dan terbaik. Tapi cahaya bantuan seperti cahaya Studio, Flash, Bulan, lilin, lampu rumah dan bandar diperlukan agar karyafoto boleh dihasilkan.


Saya ingin membawa anda mengenali cahaya agar mengasilkan karya foto cara yang bagus, dan bermutu. Sebab dalam semua hal,orang beranggapan, foto mesti tajam, terang, kontras.

Karya yang bagaimana perlukan cahaya terang, suram, kurang. Oleh itu saya mau menerangkan bagaimana cahaya itu diolah menjadi karya bermutu.

Bagi menghasilkan foto rakaman di majlis-majlis, cahaya yang terang dengan bantuan flash, lampu studio amat diperlukan.Dalam perniagaan, menghasilkan foto di majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, foto yang terang akan menarik perhatian pelanggan. Tidak guna menghasilkan foto pudar, kabur. Merakam foto di majlis perkahwinan, sambutan harijadi, khatam quran, lawatan orang-orang besar. Biasanya cahaya yang digunakan ialah bersumberkan flash. Cara memilih flash sila rujuk Bab Flash.

Untuk menghasilkan karya potret, berbagai cara boleh dihasilkan. Kalau anda menggunakan flash itu adalah salah satu cara yang mudah. Gunakan teknik pantulan cahaya dari silling, dari reflektor dan sebagainya. Hasilnya tidak kurang menarik.

Menghasilkan potret juga tidak semestinya hanya dengan cahaya, tapi anda boleh hanya menggunakan reflektor khas, yang boleh dibeli atau direka sendiri. Umumnya cahaya boleh di maksimumkan atau diminimumkan dalam beberapa lokasi. Tapi harus diingatkan cahaya ada ketogerinya.

Cahaya Daylight adalah golongan cahaya seperti matahari, flash, flash studio. Cahaya ini mengeluarkan bewarna biru. Cahaya ini akan menghasilkan foto tanpa mengubah warna asal objek. Cuma jangan menggunakan filem Tungsten jika tidak anda akan memperolehi foto kebiruan. Untuk maksud ini sila rujuk Bab Filem untuk mengenali filem Tungsten

Cahaya Tungsten pula ialah satu cahaya yang akan menghasilkan perubahan pada foto jika anda menggunakan filem Daylight. Cahaya ini dihasilkan oleh cahaya lampu di bandar-bandar, rumah, bangunan, stadium. Namun jika anda menggunakan flash dalam cahaya itu, hasil foto akan berubah menjadi normal. Merakam foto seperti di persembahan teater tidak boleh menggunakan cahaya flash. Justeru, anda hendaklah menggunakan filem ASA tinggi.

Dalam penyelidikan saintifik, ada cahaya-cahaya lain yang diperlukan untuk kerja-kerja merakam. Hasil-hasil penyelidikan saintifik harus dirakamkan tanpa bantuan cahaya flash, kecuali cahaya asli. Umpamanya untuk merakam sempel di cahaya Ultra Violet, Cahaya Florosen. Seseorang karyawan foto mestilah mahir menggunakan filem-filem seperti filem Segera (Instant filem – contoh Polaroid Film).

Warna cahaya juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan foto. Oleh itu menghasilkan foto dari kemerahan cahaya tungsten juga tidak menjadi kesalahan. Contohnya menghasilkan karya dengan menampakkan kemerahan cahaya yang wujud disekitaran pentas teater.

Mengikut pengalaman, menghasilkan foto landskap amat baik jika dilakukan antara jam 10 pagi – 3 petang bergantung pada cuaca , jika mendung atau hujan ini tidak memungkinkan cahaya akan bermutu. Waktu begini cahaya akan memberi keadaan kontras

Menghasilkan potret adalah sesuatu bidang yang amat digemari oleh karyawan foto. Jika dulu saya perhatikan, ramai karyawan foto berbangsa cina menggunakan studio, kini telah ramai diantara mereka suka merakamkan foto diluar seperti di taman-taman bunga. Namun mereka terkehadapan kerana membuka satu kedai menyewa pakaian pengantin.

Tapi menurut, B.Schmachtenberg (German) beliau lebih suka membawa studio ke rumah pelanggannya. Kerana disamping memberi keselesaan kepada pelanggan, beliau akan dilayan secara mesra. Namun begitu beliau sendiri memiliki studio di halaman rumahnya. Dan saya fikir karyawan foto di negara kita boleh melakukannya. Cuma yang menjadi masalah jika kita hanya memiliki rumah teres yang halamannya sempit!?

Sudut cahaya penting ketika melakukan rakaman. Sudut cahaya dibahagikan kepada enam. Cahaya depan, belakang, sudut kanan, sudut kiri, bawah dan atas.

Bagi rakaman foto untuk passport, cahaya perlu disimbah dari sudut kanan dan kiri. Studio professional menggunakan cahaya studio sama ada menggunakan reflektor atau payung. Ada juga jurufoto amatur dengan berani menggunakan teknik Bounce flash. Hasilnya baik cuma kadang kala ada kesan bayang pada dagu. Jika tidak bernasib baik terdapat kesan bayang seperti janggut!
Tapi pada karya kreatif, karyawan foto boleh menggunakan teknik satu sudut cahaya dengan meletakkan reflektor agar sudut yang tidak mempunyai cahaya, tidak terlalu gelap.

Ada juga kerja fotografi yang memerlukan cahaya dari sudut bawah. Teknik ini diperlukan agar kesan bayang pada objek akan hilang. Kebanyakan kerja-kerja fotografi saintifik memerlukan teknik ini.

0 komentar:

Posting Komentar